Followers

Saturday, May 30, 2009

jalan kita..

jalan kita..
namun haluan berbeza..
langkah tidak sama..
kelajuan juga berbeza..
adakah kita harus berlari mencepatkan langkah..
atau berjalan bagi masa tidak cepat berlalu..
jalan kita berbeza..
ibarat memilih lebuhraya tanpa kesesakan,
tanpa lampu isyarat..
tanpa banyak halangan..
ataupun..
jalan lama..
terpaksa bersabar menunggu lampu hijau..
terpaksa melalui banyak halangan..
mana satu pilihan kita??
apa saja pilihan kita..
kita tetap sama..
ada destinasi..
ada tujuan..
walau jalan kita berbeza..
langkah kita tidak serupa..
namun tujuan kita sama..
menuju tempat destinasi kita..

Dari kawan..untuk kawan..

(hasil paksaan ku terhadap kawanku untuk menghasilkan nukilan beliau untuk tatapan kawan2ku)haha

Andai kita hidup bersama,
hari ini dan seterusnya,
adakah kita sama,
belum cukup betah mengharungi lautan yang entah berapa luasnya..
pasti kita kan karam di telan gelombang..
pondok usang beratapkan langit di kegelapan malam gelita..
bercahaya hanyalah bintan2,
selimut kita angin malam..
maaf kupinta..
bukan tiada cinta..
tapi belum masanya..

Wednesday, May 20, 2009

dunia yang berubah??atau kita??

teringin...
patah balik ke asal..
tempat letaknya kebahgiaan..
tempat letaknya keseronokan..
kerna..
takut menghadapi masa depan..
adakah bahgia disana??
adakah smuanya takkan berubah..
tapi..
manusia mudah lupa..
senang untuk berubah..
senang untuk lupa..
senang untuk bermain kata2..
hati mana yang sanggup??
meneruskan perjalanan tanpa ada satu kepastian..
kepastian bahwa ada bahagia diasana..
adakah kita patut berhenti??
atau meneruskan perjalanan..
walau terpaksa menahan perasaan..
bahawa xsmua kebahgiaan,,
berakhir dengan satu kepuasaan..